Alumni UiTM Perlis Malaysia

think of alumni, think of giving back...

Penaung Alumni UiTM Perlis dianugerahkan gelaran Tun

Tahniah diucapkan kepada Penaung Persatuan Alumni UiTM Perlis Tun Dr Arshad Ayub kerana dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini fakta menarik tentang Pro-Canselor UiTM, Tun Dr Arshad Ayub:

  1. Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.
  2. Bertugas sebagai Ketua Setiausaha bagi tiga kementerian.
  3. Pernah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya Gaji Harun dan Timbalan Gabenor Bank Negara.
  4. Menjadi individu yang memperkenalkan sistem pendidikan perakaunan (ACCA) dan undang-undang (LLB) di Malaysia.
  5. Memperkenalkan kursus-kursus profesional seperti Pengurusan Perniagaan, Sebaran Am dan Pengurusan Hartanah di ITM yang kini bergelar UiTM.
  6. Memulakan program berkembar dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran dan pengajaran di UiTM, yang kekal hingga hari ini.
  7. Antara individu yang berjaya mencapai dan merealisasikan sasaran pendidikan bagi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Detail di link berikut